Syoknya hari ni melawat bilik baru di bangunan baru. Seperti biasa bilik aku dekat lab. Senang je techician nak tunjuk kalau student tanya banyak2. Penat aku nak melayan bukannya bertambah pun markah LPPT. "All is well" nak tak nak ilmu yang ada kena kongsi.
Dalam banyak2 student aku yang sorang ni tak pernah tanya apa-apa. Berlagak macam pandai. maklumlah buat phd tanpa MSc. Bila tanya apa maksud unsur surihan dalam title paper journal yg dia baca dan tunjuk kat aku dengan co-supervisor dia. Jawapan dia tak tahu. Jawapan aku senang je "I rest my case" memang bangang la kalau buat phd logam berat tapi tak tau maksud unsur surihan.
Tu la bila ada polisi nak ambik sangat student fast track nak tingkatkan bilangan graduan phd masalahnya supervisor garu kepala le bila budak-budak hingusan berlagak pandai tanpa banyak membaca. Aku belajar dulu macam nak mampos dok kat lab. Kerja mengalahkan bangla angkat sampel air tengah panas tiap-tiap minggu. Kalau setakat buat eksperimen manual pun tak payah tengok semuanya dalam kepala. Hantu kat lab ni pun agaknya takut tengok aku kot. Technician aku kata lab ni dulu kubur jepun. Alhamdulillah aku tak pernah kena gangu. Hanya rasa macam diperhatikan sahaja. Kerja siang malam, tidur kat lab dah biasa sebab kalau tertinggal bas pukul 10 malam memang tak balik le aku. Student aku kalau tanya macam mana nak analisis pun tak ingat pakai prosedur apa. Tu baru 3 semester buat experiment. Hahaha. Alhamdulilah aku masih ingat lagi prosedur walaupun dah hampir 10 tahun tak buat. Masa pi Cambodia tahun lepas aku kena la jadi kuli balik sebab yang pi tu semua bos-bos. Terpaksa buat analisis walaupun dah lama tak buat. Anyway Aku happy dan enjoy dapat jalan-jalan dan tengok tempat orang.

No comments:
Post a Comment