Thursday, 29 March 2012

Demam Pulak Hari Ni

Semalam dah rasa tak selesa. Ingatkan sebab terlebih dosage metformin. Pagi ni bangun demam la pulak. Dah le tengah banyak kerja ni. Auditor nak datang hari Isnin. Tu la aku kalau kerja suka nak tangguh, bila nak kena audit baru nak demam. Jangan tak percaya kerja mengajar pun kena audit untuk sirim dan anugerah kualiti. 

Tepian Tebrau

Hari ni pi tukar tiket Emirates di Holiday Plaza. Nasib baik ada geng temankan aku pi tukar. Kalau takde Ixora Spongebob ni payah gak terkebil-kebil aku nak ke bandar. Payah benar sebab kena gi tukar di travel agency. Nyonya tu pau RM50. Syok le dia kalau tukar kat KL hanya RM200 je sekarang dah jadi RM250. Ada kedai jual kotak jam, sales boy dia tak ikut pun aku tanya nak beli ke dak. Tapi bila orang putih datang cepat je dia ikut dari kedai sebelah. Dia ingat aku takde duit gamaknya. Dia tengok baju pun dah lusuh. Alhamdulillah aku tak tergoda kalau tidak mau terbang RM200 lagi. 


Tapi aku tergoda membeli stich ermmm RM53 banyak ekor jugak dapat. Karang laki aku balik tak pasal2 kena buang. Dia kata buat menyemak. hahahaha 

Balik dari HP singgah Tepian Tebrau makan ais kacang sedapnya. Nasi goreng dah tak berapa sedap tak tau le kenapa... 

Wednesday, 28 March 2012

Office Baru Di Bangunan Baru

Syoknya hari ni melawat bilik baru di bangunan baru. Seperti biasa bilik aku dekat lab. Senang je techician nak tunjuk kalau student tanya banyak2. Penat aku nak melayan bukannya bertambah pun markah LPPT. "All is well" nak tak nak ilmu yang ada kena kongsi. 

Dalam banyak2 student aku yang sorang ni tak pernah tanya apa-apa. Berlagak macam pandai. maklumlah buat phd tanpa MSc. Bila tanya apa maksud unsur surihan dalam title paper journal yg dia baca dan tunjuk kat aku dengan co-supervisor dia. Jawapan dia  tak tahu. Jawapan aku senang je "I rest my case" memang bangang la kalau buat phd logam berat tapi tak tau maksud unsur surihan. 

Tu la bila ada polisi nak ambik sangat student fast track nak tingkatkan bilangan graduan phd masalahnya supervisor garu kepala le bila budak-budak hingusan berlagak pandai tanpa banyak membaca. Aku belajar dulu macam nak mampos dok kat lab. Kerja mengalahkan bangla angkat sampel air tengah panas tiap-tiap minggu. Kalau setakat buat eksperimen manual pun tak payah tengok semuanya dalam kepala. Hantu kat lab ni pun agaknya takut tengok aku kot. Technician aku kata lab ni dulu kubur jepun. Alhamdulillah aku tak pernah kena gangu. Hanya rasa macam diperhatikan sahaja. Kerja siang malam, tidur kat lab dah biasa sebab kalau tertinggal bas pukul 10 malam memang tak balik le aku. Student aku kalau tanya macam mana nak analisis pun tak ingat pakai prosedur apa. Tu baru 3 semester buat experiment. Hahaha. Alhamdulilah aku masih ingat lagi prosedur walaupun dah hampir 10 tahun tak buat. Masa pi Cambodia tahun lepas aku kena la jadi kuli balik sebab yang pi tu semua bos-bos. Terpaksa buat analisis walaupun dah lama tak buat. Anyway Aku happy dan enjoy dapat jalan-jalan dan tengok tempat orang.

Blog Kedua

Hari ni aku dah gatal nak menulis dalam blog. Banyak sangat pekara-pekara bangang yang berlaku dalam hidup. Tension sikit-sikit je, abis tension aku tidor awal. Sekarang ni pukul 10 pm dah tidur pukul 5 am dah bangun. 

Meeting tiap-tiap hari, kadang-kadang terpikir aku ni pensyarah ke? Penat dah masuk meeting task force tu task force ni. Last year senarai jadi AJK ada 10 termasuk jadi chairman.


Baby Dragon by Progressive Carousel Link
Mr Theddeus nak tukar tiket tak jadi balik 1 April nak lewatkan lagi seminggu. Belum habis kutip hutang dengan client. 3 bulan le aku tak tengok laki aku. Dulu janji nak balik awal ni nak lewatkan tiket. Balik le cepat bang kalau Allah izinkan boleh dapat "dragon baby" this year. Asyik tengok dragonfly je setiap kali pergi site. Umur pun dah lanjut....

Aku rindu kat bapak dah nak masuk 5 tahun bapak aku meninggal. Macam baru semalam je rasanya dia pesan kat aku suruh belajar baik-baik, suruh kerja elok-elok, jaga diri baik-baik. I miss u BAPAK.